Selasa, 17 November 2009

Calon SPM perlu jaga kesihatan, tenang hadapi peperiksaan

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diminta menjaga kesihatan mental dan fizikal, selain bijak mengurus masa sebagai persediaan terakhir menghadapi peperiksaan bermula hari ini. Ini bagi memastikan mereka fokus kepada peperiksaan diduduki, sekali gus memperoleh markah maksimum serta cemerlang dalam peperiksaan penting ini. Para calon dikehendaki menjawab soalan dengan tenang, yakin kepada diri sendiri dan ilmu yang telah diperolehi dan yang paling penting, tidak lupa kepada Yang Maha Esa. Berdoalah kepada Tuhan agar diberi kesihatan fizikal dan mental dalam menghadapi SPM. Daripada-Nya kita dating, kepada-Nya kita berserah.
Selamat Menejawab Sejarah KERTAS 1 SPM 2009

Bersedia...tenang menjawab....memahami soalan...pilih jawapan yang tepat...tawakkal...

Tip-tip lanjut di sini

Sabtu, 14 November 2009

ARKIB : 31/05/2009

Jangan buta sejarah kerana kepentingan politik

TERNYATA sekali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, isu-isu berkaitan dengan perkauman seolah-olah menjadi bahan paling laris bagi sesetengah pemimpin politik untuk menjajanya.

Bermula dengan sokongan kepada pertubuhan haram Hindraf, kini ia 'merebak' pula kepada isu menuntut kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali ke tanah air.

Isu kepulangan bekas ketua pengganas itu pada mula hanya dibangkitkan oleh seorang pemimpin Parti Gerakan (salah satu komponen dalam Barisan Nasional) tetapi apabila ia dilihat mampu memberikan keuntungan politik maka parti-parti pembangkang pula menyokong saranan berkenaan.

Bacaan lanjut











Rabu, 11 November 2009

Pemilik Blog

Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Objektif:
  • Menerangkan konsep tamadun dan menyatakan enam ciri tamadun manusia.
  • Mengklafikasikan sumbangan tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan Hwang Ho.
  • Menyatakan sekurang-kurangnya tiga faktor- mengapa pemimpin awal memilih sungai sebagai lokasi pembinaan tamadun awal.

Makna Tamadun

  • Peradaban (Bahasa Melayu)
  • Madana (Bahasa Arab)
  • Civilization (Bahasa Inggeris)

Ciri Tamadun

  • Petempatan kekal
  • Kehidupan berorganisasi
  • Sistem pemerintahan
  • Pengkhususan pekerjaan
  • Agama dan kepercayaan
  • Bahasa dan sistem tulisan

Proses Pembentukan Tamadun

  • Tamadun Mesopotamia
  • Tamadun Mesir Purba
  • Tamadun Indus
  • Tamadun Hwang Ho